8 Jahanam yang menjahanamkan UPM.

"Ini semua angkara Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPM (TNCHEPUPM)........."

-DEMA (Desas-desus Ekslusif Menentang Azali)

4 Mac 2006.

AZALI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 

[untitled_azali.JPG]

 

Jahaman No.1

Research University, Research My Territory?

UPM telahpun mencapai status Research University pada tahun 2007. Apa-apapun, semua makhluk terlupa pada satu perkara yang amat-amat penting. Azali telah membuat 'research' awalnya sendiri di universiti bertuah ini.

 

Research-nya bertajuk; Keupayaan aku memerah wang pelajar untuk dimasukkan ke dalam karung poket aku dan kaitannya dengan pengambilan kroni aku yang melampau di Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dan beberapa jabatan lain.

 

Respondennya pula adalah; pelajar UPM.

 

Research assistance; kroni rapat dan/termasuk kakitangan BHEP UPM.

 

Penilai research; Tok pa dan Naib Canselor (mereka berdua ini 'dibutakan' oleh Azali)

 

Hasil Kajian 2006; Terdapat perkaitan yang signifikan bahawa pelajar tak kisah dan tak nampak aku keruk wang pelajar untuk dimuatkan dalam karung poket aku (dan kroni aku).

 

Moral research ini adalah; Azali ingin mengulangi kajian seperti ini pada 2 tahun berikutnya. Maka usaha untuk menjadi TNCHEPUPM untuk sepenggal lagi wajib direalisasikan mulai sekarang.

 

 

 

Jahaman No.2

Who am i? Who are you?

".....Desak pengetua-pengetua kolej kediaman? Kerja senang saja tu. Kenapa?

Sebab jawatan Azali ni besau giler. Dia TNCHEPUPM. Apa nak risau. Bukannya Tok Menteri nampak pun.

Kalau Tok Menteri suruh, dia buat aje la. Bila Tok Menteri tak suruh, time tu la dia pasang strateji..."

 

Agaknya inilah suara hati student acapkali bila bertemu dengan Azali.

 

Memanglah kuasa Azali ibarat langit dan bumi. Siapalah tuan Pengetua kolej kediaman, jika nak dibandingkan dengan Azali. Padanlah di kala larut malam kat restoran Anjung, kat satu sudut berhampiran cashier tu, ada saja ligat Azali sering menge'teh' dengan kroni dan beberapa orang tuan Pengetua yang terpaksa menjadi pak turut kepada Azali. Kalau tak ikut cakap Azali nanti, takut kena 'sergah' dengan ancaman pemecatan pula.

 

Paling kuat 'kaki' Azali kat kolej kediaman yang mana agak-agaknya? Mana lagi kalau bukan pengetua KMR. Kolej lain pun ada juga. Pandai-pandailah teka sendiri. Azali memang power punya.

 

Azali tak disukai student cina? Memang padan pun. Dia Azali beb. Mana pernah Azali nak tergerak hati, nak turun program yang student cina buat. Terbaru, Azali haprak tak turun Pesta Ang Pow. Takkan Azali merajuk sebab Pesta Ang Pow dapat tajaan banyak agensi luar.

 

Azali suka sangat tak nak turun aktiviti student khususnya student cina. Ini menunjukkan apa? Azali memang tidak mahu menyokong student. Bila student ada masalah, dan mengadu pada Azali, apa yang sering Azali jawap; "....entah...saya tak tahu....".

 

Atau Azali terlalu sibuk sebab tak dapat hadir Pesta Ang Pow? Kenapa sibuk ya? Adakah ini berpunca dari ketakutan Azali terhadap tarikh tutup menghantar borang sambung jawatan sebagai TNCHEPUPM?

 

Kita kenal kenal siapa Azali beb. Lu siapa, wa siapa. Wa orang biasa, lu TNC ma.

 

 

 

Jahaman No.3

I’m Weak. Please Help Me. I’m So Damn Desperate!

Azali bukan desperate sahaja, bahkan 'desperado'.

 

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Selama mana Azali memegang jawatan sebagai TNCHEPUPM, Azali gagal untuk meraih sokongan dan simpati dari pelajar yang pernah Azali jumpa. Ini adalah kerana, salah Azali sendiri yang merosakkan hubungan pelajar dengan Azali. Akibatnya, dirinya dicemuh pelajar.

 

Arakian, si Azali ini semakin lemah. Dia perlukan sokongan dari pelajar agar hayatnya pada penggal akan datang dapat diteruskan dengan kondisi yang selesa.

 

Kalau anda mahu pujuk budak kecil, mestilah dibelanjakan si budak itu dengan gula-gula. Teori ini melengkapkan tugas terkini Azali apabila satu lagi pembaziran wang dilakukan olehnya.

 

Dengan menaja baju korporat kepada Top 4 setiap pertubuhan pelajar berdaftar di universiti ini, Azali berharap semoga pelajar akan seronok dengan goodies tersebut. Kebanyakan semua Top 4 ini adalah muka baru yang tak kena lagi 'penangan' sebenar Azali.

 

Apabila pelajar suka dengan pemberian itu, akan timbullah perasaan mahu membalas jasa, respect, dan paling teruknya ialah terhutang budi pada Azali kerana pemberian 'gula-gula' tersebut.

 

Hal seperti ini, tidak pernah berlaku dalam mana-mana tahun sepanjang pembabitan Azali sebagai TNCHEPUPM. Mengapa baru sekarang nak dilaksanakan? Azali terdesak mahu meraih sokongan pelajar, sehinggakan wang pelajar digunakan untuk tujuan 'gula-gula' itu.

 

 

 

Jahaman No.4

da’ Pump

Kursus tahunan wajib di kolej matrikulasi anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar IPTA seluruh negara, tidak disenangi Azali. Ini adalah kerana, sejumlah wang BHEP perlu disalurkan kepada fasilitator wakil dari UPM untuk berkhidmat di matrikulasi yang ditetapkan oleh kementerian. Sehubungan dengan itu, wang itu telah ditahan di jabatan Azali, sementara para fasi dan penceramah tidak ditanggung kos perkhidmatannya.

 

Ini bermakna, lakum di nu kum waliyadin..... Hal kau, kau punya pasal. Hal aku, hal aku je lah. Azali kerjanya bukan saja mengepam duit, tapi mengkontrol duit.

 

Mana dia bangunan pusat pelajar bertingkat-tingkat yang dijanjikan Azali? Mana dia sistem harga makanan selaras yang diwar-warkan Azali? Janji manis, janji tinggal janji. Ini semua hanyalah lembayung sahaja. Fatamorgana. Tidak tetapi janji, tidaklah seteruk orang yang suka sedut duit atau sekat duit.

 

Bercakap tentang pusat pelajar yang baru, yang dijanjikan akan dibina bertingkat-tingkat di kawasan lapang berhampiran Masjid UPM, habuk pun tarak? Janjinya mulai dibina pada Disember 2006 yang lepas. Apa sudah jadi kini?

 

 

 

 

Jahaman No.5

Sack da Boss

Azali dalam diam diam merancang untuk menjadi Naib Canselor UPM. Jadi, apa yang perlu dilakukan?

 

"Kisah seorang raja yang mempunyai seorang putera yang setia, tetapi merancang untuk

membunuh raja itu agar dirinya dimahkotakan sebagai raja baru bagi kerajaan itu."

 

Bagi Azali, kepimpinan Pak Lah selaku perdana menteri Malaysia, adalah sesuatu corak kepimpinan yang lembik. Wajarkah seorang pegawai kerajaan yang memegang jawatan besar seperti Azali, sanggup berkata sedemikian rupanya.

 

Jika Pak Lah dicaci maki, apa lagi Naib Canselornya. Pernahkah anda dengar desas desus yang mengatakan bahawa, Azali akan 'fight' untuk jawatan sebagai Naib Canselor UPM?

 

 

 

Jahaman No.6

I like to movit movit. U like tak? Movit! (.....Say & sing it together!)

Move it. Or move them? Inilah hobi rakus Azali ketika tahun pertama dia memegang jawatan sebagai TNCHEPUPM.

 

Pemecatan berlaku sedikit. Perpindahan berlaku amat banyak. Kroninya diserap dibawah payung jabatannya amat amat banyak. Mana-mana yang bukan kroninya, dilempar jauh-jauh. Yang mana musuhnya, dipecat humban keluar dari UPM.

 

Inilah yang berlaku - ketika Azali pada awal dedikasinya sebagai TNCHEPUPM, ketika itu hubungannya sangat sangat rapat dengan Menteri Shafie Blur.

 

Move it? Ya. Tapi ini lain sikit. Bukan pindahkan orang, tapi pindahkan wang. Azali memang kegemarannya main sedut duit transfer-transfer. Kalau sejumlah bajet itu diterima dari pihak kementerian atau pihak luar, wang itu akan 'lalu' di jabatannya dulu, lepas di'cukai' oleh Azali, barulah wang itu disalurkan kepada pihak yang sepatutnya mendapat wang itu di UPM.

 

Finishing School, satu program mega juta-jutawan yang gempak lagi terkini bagi graduan yang bakal menempuh alam kerjaya nanti. Peliknya, program ini pun kena sapu wangnya apabila wang ini 'lalu' di jabatan Azali.

 

Kena movit jugak. Kesian pada pengarah baru pusat ko-kurikulum. Kena buli dengan Azali, takpe lagi. Tapi dana pelajar yang diragut Azali, apa hal pulak.

 

 

 

Jahaman No.7

Pretty Women...deko deko na......Pretty Women.

Dah nak masuk kategori warga emas ke? Belum lagi agaknya. Patut naluri keremajaan masih mengalir dalam diri Azali. Ramai sangat kekasih-kekasih Azali yang dipasang di beberapa kolej kediaman. Kalau ikutkan, mana boleh pegawai universiti menjalinkan hubungan sulit dengan mahasiswi, nanti terjejas pelajaran siswi itu.

 

Sesama siswi, biasalah. Menggiurkan kerana 'ayam dara'. Bagaimana pula cerita Azali dengan kakitangan wanita, yang ada ehem ehem dengan Azali? Begitu baik hati Azali dengan staff-staff wanita UPM itu?

 

Azali sanggup berkorban wang beribu-ribu ringgit untuk staff wanita yang ehem ehem itu. Tak sehebat Azali berkorban wang untuk student. Dengar khabar, sampai hampir terlajak berputik cinta. Nasib baik tak terlajak ke arah 'itu'. Jaga title beb....!

 

Tapi sayang sekali, Azali mestilah tak mau periuk belanga menghentam his belakang.

 

 

 

Jahaman No.8

End of the Story; Let sing like Azali singing!

Anda suka menyanyi? Janganlah nyanyi lagu yang boleh menjahanamkan UPM.

 

Boleh tiru Azali, seorang kaki karaoke. Nyanyilah lagu isabela ke, ikan kekek ke, madah berhelah ke, tak kisah lah lagu apa.

 

Tapi Azali ni zalim- meletakkan sesuatu tak kena pada tempatnya.

 

Majlis Perasmian Penutup KPO (Kursus Pemantapan Organisasi) di sebuah kolej matrikulasi di negeri terbesar di semenanjung Malaysia baru-baru ini, yang sepatutnya dirasmikan oleh Azali, telah dirasmikan oleh 'kaki' Azali. Mana Azalinya?

 

Amat memeranjatkan! Patut kah seorang TNCHEPUPM macam Azali ni, dia pergi 'belasah' & 'lenjan' karaoke dengan kroninya kat satu pusat karaoke. Apa dah jadi? Gila meroyan nak berkaraoke sangat ke? Atau nak lepas gian sebab karaoke kat Gazebo dah rosak agaknya.

 

 

Hari ini hari bersejarah. Mac. Ya, sekarang bulan Mac. April nanti, penentu segala rungkaian isu ini.

 

April nanti, kita akan tahu, apakah nasib Azali. Apakah akan berlaku, jika kontraknya sebagai TNCHEPUPM diteruskan. Dan, apakah yang akan berlaku jika sebaliknya.

 

Mac, akan datang, ialah April. Oleh itu, mari sama-sama kita nyanyikan satu lagu karaoke hebat untuk Azali. Lagu yang bertajuk; Bila April, nyanyian Dr. Fazley.

 

   Bila....bila April......

 

   April....bila April.....

 

 

Hakikatnya, inilah Azali.

 

 

Kerjanya, menjahanamkan wang pelajar. Menyusahkan staff.

 

Dicetak oleh; Percetakan Sendiri. Diterbitkan oleh; Penerbitan Sendiri. Diedarkan oleh;Ó DEMA (Desas-desus Ekslusif Menentang Azali) 4 Mac 2007.